KD PAUS USIR BOT NELAYAN VIETNAM - TLDMKD PAUS USIR BOT NELAYAN VIETNAM - TLDM
top of page
  • nabalunews

KD PAUS USIR BOT NELAYAN VIETNAM - TLDM


7 NOV 2020


KOTA KINABALU: Kapal Diraja (KD) Paus Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan asing dipercayai menjalankan aktiviti penangkapan ikan ketika melaksanakan rondaan di perairan Malaysia.

Pegawai Memerintah KD Paus Lt Kdr Nor Hisham Rahman berkata bot berkenaan dikesan di kedudukan kira-kira 149 batu nautika dari Kota Kinabalu pada tengah hari semalam. Beliau berkata pemeriksaan mendapati terdapat 16 awak-awak warga Vietnam di atas bot berkenaan.


“Bot itu telah diusir dan diberi amaran keras untuk tidak melakukan sebarang aktiviti menangkap ikan di Zon Maritim Malaysia pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Hisham berkata TLDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menjaga kedaulatan perairan maritim negara.

Katanya, TLDM juga akan terus melaksanakan rondaan dan pemantauan dalam usaha mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim serta mengelak penularan COVID-19 oleh pendatang asing tanpa izin menerusi jalan laut. - Bernama

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page