top of page

Kebajikan Pelajar UPSI Yang Terlibat Dalam Kemalangan Akan Dijaga

  • nabalunews
  • 51 minutes ago
  • 1 min read

9 Jun 2025


KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memastikan kebajikan mangsa dan keluarga insiden kemalangan bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dijaga sepenuhnya.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihaknya amat berduka cita atas tragedi yang menimpa warga pusat pengajian tinggi berkenaan.


Katanya, pihak kementerian akan membantu segala urusan diperlukan termasuk dari segi penghantaran jenazah atau keperluan lain.

“Saya bagi pihak KPT dan warga Sabah khususnya, kami mengucapkan takziah kepada semua mangsa terlibat.


“Jadi Kementerian akan minta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terutamanya supaya menjaga kebajikan-kebajikan pelajar ini dan keluarga mereka,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Madani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Parlimen Sepanggar di sini pada Isnin.

Mustapha berkata, pihaknya juga akan memastikan insuran yang dibayar oleh mangsa akan diuruskan dan diberikan kepada ahli keluarga terlibat.


“Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, beliau sememangnya amat bersedih disebabkan kejadian berlaku dalam keadaan kita ingin mendidik terutama bakal-bakal cikgu.


“Setakat ini saya belum terima maklumat lagi tetapi kalau ada saya akan secara peribadi mengurus perkara ini.  Kalau ada pelajar Sabah terlibat, kita akan uruskan dengan bantuan Kerajaan negeri,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian pagi tadi, seramai 15 individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page