Kejohanan Double Dart D'Tolungo Semarakkan Merdeka 2026
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 17 Ogos – Kejohanan dart "Double Dart" anjuran Kelab Dart D’Tolungo dengan kerjasama Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud berlangsung pada 15 Ogos lalu di D’Tolungo Cafe, Kaung Malaan, sebagai sebahagian daripada program memeriahkan Bulan Kemerdekaan 2026 peringkat komuniti setempat.
Kejohanan yang terbuka kepada semua pasukan dart di sekitar Kota Belud itu telah disertai oleh 21 pasukan, terdiri daripada kelab-kelab terkenal seperti BADAS, TDC, D'TOLUNGO, MQLT dan PTD, selain beberapa pasukan persendirian yang tidak menggunakan nama kelab.

Pengerusi Penganjur, Eddy Bakait, berkata kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan dart, malah menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan anak muda serta memperkukuh semangat patriotik di peringkat akar umbi.
Eddy turut merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan sumbangan daripada Ketua Pemuda UOKO Kota Belud, Jolyhame Saran bersama Ahli Jawatakuasa Pemuda dalam mempermudahkan program berjalan dengan lancar.

Vod Zanik Sidin, selaku Ketua Generasi Baru (GEM) Bahagian Kota Belud, telah merasmikan kejohanan tersebut bagi pihak Ketua Pemuda UPKO Bahagian Kota Belud,
Penganjur turut merakamkan penghargaan kepada pemilik D'Tolungo Cafe atas persediaan tempat dan kemudahan yang membolehkan kesemua perlawanan berjalan dengan lancar dan selesa dari awal hingga akhir.
Selepas persaingan sengit yang berlangsung sepanjang hari, pasangan Victor dan Dandan daripada Kumpulan Madu-Madu berjaya muncul sebagai juara, manakala tempat naib juara menjadi milik pasangan Jamil dan Yakie daripada Kumoulan Sniper, yang turut mempamerkan aksi yang cukup kompetitif sepanjang kejohanan berlangsung.















Comments