Kejohanan Merentas Desa MSS Zon Selatan SK Melangkap, Kota Belud
- nabalunews
- Apr 8
- 1 min read

8 April 2025
KOTA BELUD: Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Selatan telah dirasmikan oleh Anichlose bin Kesimin, Pemaju Mukim N11 Kadamaian, yang juga merupakan Yang Dipertua (YDP) PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Melangkap.
Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Holen Sayaman, Guru Besar SK Melangkap dan Pengerusi Penganjur, serta En. Jenry Sinteh, Pengerusi Majlis Guru-Guru Besar Zon Selatan. Selain itu, majlis ini dihadiri oleh guru-guru besar dan wakil dari 17 buah sekolah, dengan jumlah keseluruhan peserta seramai 181 orang.
Kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan fizikal murid-murid, mempromosikan gaya hidup sihat, serta mencungkil bakat sukan di kalangan pelajar dari Zon Selatan. Di samping itu, kejohanan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menunjukkan potensi mereka dalam sukan, serta membina semangat kesukanan, disiplin, dan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Keputusan keseluruhan kejohanan menyaksikan SK Kiau muncul sebagai juara, diikuti oleh SK Melangkap sebagai naib johan dan SK Taginambur sebagai pemenang tempat ketiga. Dalam kategori lelaki, pelajar dari SK Kiau mendominasi kemenangan, manakala kategori perempuan dikuasai oleh pelajar dari SK Melangkap.

Objektif utama program ini adalah untuk mempertingkatkan daya tahan diri para peserta, mempromosikan gaya hidup sihat, dan memberi peluang kepada mereka untuk bersaing di peringkat daerah dan negeri. Kejohanan ini juga menjadi platform untuk memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan kerjasama dan disiplin dalam kalangan murid-murid dari seluruh Zon Selatan.
Comments