top of page

Kekalkan identiti budaya - Japlin

  • nabalunews
  • Aug 18, 2024
  • 2 min read

ree

18 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Sabah adalah antara negeri yang kaya dengan warisan adat dan budaya yang mampu menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.


Sehubungan itu identiti bangsa dan budaya masyarakat di Sabah perlu dipelihara bagi memastikan warisan etnik pribumi negeri di bawah bayu terus kekal dan tidak pupus untuk generasi akan datang.


Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah, Datuk Japlin Akim berkata ketika negara rancak membangun, rakyat tidak seharusnya mengabaikan kepentingan warisan adat dan budaya masyarakat pelbagai etnik di Sabah.


Ini kerana budaya adalah aspek penting dalam kehidupan kita yang melambangkan identiti sesuatu bangsa, suku kaum dan etnik.


Sehubungan itu ia wajar untuk terus dipelihara dan dimartabatkan untuk kepentingan masyarakat dan generasi akan datang. 


“Perjuangan mempertahankan identiti kita harus diteruskan demi keperluan generasi akan datang. Generasi muda tidak boleh tunduk kepada kepuasan ini. Kita harus memelihara semua ini untuk generasi akan datang.


"Generasi muda perlu mempertahankan keunikan budaya yang ada sebagai teras kepada keharmonian kaum sejak dahulu lagi,” katanya.


Beliau juga berharap supaya persatuan ini dapat terus memelihara dan memartabatkan budaya ini serta mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian sesama kita. 


“Menerusi perpaduan dan kesatuan rakyat yang berbilang suku kaum dan etnik, kita akan dapat memacu transformasi pembangunan negeri ke tahap kejayaan yang lebih tinggi,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Program Persembahn Kesenian dan Kebudayaan Pelbagai Etnik anjuran Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu di Lintasan Deasoka Gaya Street di sini hari ini.


Tambah Japlin program kesenian dan kebudayaan telah diadakan sejak tahun 2022 dan tahun ini merupakan program kebudayaan kali ke tiga diadakan. Pogram setiap tahun dinamakan Pesta Kebudayaan pada bulan Februari.


"Di Kampung Unggun Jaya sudah ada mini dewan Bajau Sama untuk membuat program kebudayaan.


"Sempena bulan kemerdekaan, program kesenian dan kebudayaan ini boleh dijadikan contoh kepada pelancongan yang datang berkunjung ke Sabah terutama di Lintasan Deasoka" katanya.


Majlis perasmian diem oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.


Hadir sama Pengerusi Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Shamsuddin Awang Aman, Timbalannya, Masri Mansor, Naib Pengerusi Mohd Syum Majid, Setiausaha Awang Ali, Bendahari, Johan Walit, Ketua Penerangan, Madsa Awang Aman.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page