Kelab Kebajikan Kadamaian dapat sokongan Ewon laksana program kebajikanKelab Kebajikan Kadamaian dapat sokongan Ewon laksana program kebajikan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kelab Kebajikan Kadamaian dapat sokongan Ewon laksana program kebajikan


Shainim (tengah) bersama penduduk kampung.

15 November 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Kelab Kebajikan Kadamaian Kota Belud terus mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian untuk melaksanakan pelbagai program termasuk Program Zirah Kasih.


Pengerusi kelab itu Shainim Epin berkata, melalui sokongan dan sumbangan secara berterusan mereka dapat menjayakan pelbagai program membantu golongan sasar.


Beliau berkata, antara golongan sasar kelab itu ialah ibu tunggal, warga emas, miskin tegar, orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit terlantar di rumah kawasan Kadamaian.


“Terima kasih kepada Datuk Ewon atas sokongan berterusan dengan menyumbangkan dana bagi tujuan penyediaan bakul makanan bagi Program Ziarah Kasih Kelab Kebajikan.


“Sumbangan itu bukan sahaja berbentuk wang tetapi barangan keperluan makanan daripada pelbagai pihak hasil usaha beliau (Datuk Ewon) untuk mendapatkannya,” kata Shainim kepada Nabalu News, hari ini.


Ahli Kelab kebajikan itu menyampaikan bantuan bakul makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah dikenalpasti di beberapa buah kampung kawasan Kadamaian berdasarkan krateria yang ditetapkan kelab kebajikan.


Bantuan bakul makanan itu disumbangkan oleh Adun Luyang, Phoong Jin Zhe pada September lalu kepada Kelab Kebajikan Kadamaian untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan.


Shainim berkata, bakul makanan itu diberikan kepada keluarga yang memerlukan keperluan mendesak di beberapa buah kampung.


“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keperluan makanan asas keluarga berkenaan,” katanya.


Sebahagian daripada penerima bantuan bakul makanan.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada badan JPKK, wakil kampung dan semua yang terlibat membantu memudahcara penyampaian sumbangan bakul makanan itu.


Kelab Kadamaian Kota Belud ditubuhkan pada tahun 2019 bertujuan membantu dan menjejaki golongan sasar seperti fakir miskin, warga emas dan ibu-ibu tunggal di kawasan Kadamaian yang memerlukan bantuan.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page