Kelab Kebajikan Kadamaian hulur sumbangan kepada SK SayapKelab Kebajikan Kadamaian hulur sumbangan kepada SK Sayap
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kelab Kebajikan Kadamaian hulur sumbangan kepada SK Sayap


Para penerima sumbangan bergambar bersama guru-guru dan rombongan Kelab Kebajikan Kadamaian.

26 November 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA BELUD: Kelab Kebajikan Kadamaian menyampaikan sumbangan keperluan alat tulis, hand sanitizer dan pelitup muka kepada murid pra-sekolah SK.Sayap.


Pengerusi kelab itu Shainim Epin berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada pengisian Program Ziarah Kasih Kelab Kebajikan Kadamaian bagi membantu komuniti kampung khususnya persediaan pembelajaran anak-anak.


“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibubapa dan pihak sekolah menyediakan alat tulis dan keperluan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pembelajaran secara bersemuka.


Dr.Rizoh (kanan) menyampaikan sumbangan kepada bapa seorang murid SK Sayap.

“Memandangkan KPM telah mengumumkan jadual pembelajaran bersemuka lebih awal kepada pra-sekolah, maka kelab memutuskan untuk membantu ketua isi rumah (KIR) yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di pra-sekolah SK. Sayap,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Shainim berkata, Pra-Sekolah SK. Sayap dipilih sebagai lokasi program bagi bulan November kerana kelab juga terlibat dalam pelaksanaan projek menambahbaik paip graviti komuniti di kampung itu.


Selain sumbangan set alat tulis dan pelitup muka kepada murid pra sekolah, kelab itu juga turut memberikan sumbangan pelitup muka dan hand sanitizer kepada guru-guru sekolah itu.


Shainim (tengah) menyampaikan sumbangan kepada ibu murid pra sekolah.

Beliau berkata, sebelum ini Kelab Kebajikan Kadamaian turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada ketua isi rumah (KIR) di beberapa kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.


Sumbangan itu disampaikan oleh Shainim dan Dr.Rizoh Bosorong sebagai kordinator Program Ziarah Kasih kepada Guru Besar SK. Sayap Muliana Kelo untuk diagih-agihkan kepada murid sekolah.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page