Kelangsungan budaya etnik peribumi penting untuk generasi akan datang
19 Ogos 2024
KOTA KINABALU: Di tengah kepesatan arus pembangunan, identiti warisan bangsa dan budaya masyarakat harus terus dipelihara untuk memastikan kelangsungan etnik peribumi tetap dikenali oleh generasi muda, kata Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah, Datuk Japlin Akim.
Beliau menekankan bahawa walaupun negeri ini sedang giat membangun, adat dan budaya tidak boleh diabaikan kerana ia merupakan aspek penting dalam kehidupan yang melambangkan identiti bangsa, suku kaum, dan etnik.
“Perjuangan mempertahankan identiti kita harus diteruskan demi keperluan generasi akan datang.
"Generasi muda tidak boleh tunduk kepada kepuasan ini. Kita harus memelihara semua ini untuk generasi akan datang,” ujar Japlin semasa berucap pada majlis Program Persembahan Kesenian dan Kebudayaan Pelbagai Etnik anjuran Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu di Lintasan Deasoka Gaya Street semalam.
Beliau juga menyeru generasi muda untuk mempertahankan keunikan budaya yang telah menjadi teras keharmonian kaum sejak dahulu lagi.
Tambahnya, persatuan ini diharap dapat terus memelihara dan memartabatkan budaya serta mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian sesama masyarakat.
“Menerusi perpaduan dan kesatuan rakyat yang berbilang suku kaum dan etnik, kita akan dapat memacu transformasi pembangunan negeri ke tahap kejayaan yang lebih tinggi,” katanya.
19 Ogos 2024
KOTA KINABALU: Di tengah kepesatan
arus pembangunan, identiti warisan bangsa dan budaya masyarakat harus terus dipelihara untuk memastikan kelangsungan etnik peribumi tetap dikenali oleh generasi muda, kata Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah, Datuk Japlin Akim.

Comments