#KeluarDanLawan bukan pengakhiran selagi tuntutan tidak ditunaikan#KeluarDanLawan bukan pengakhiran selagi tuntutan tidak ditunaikan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

#KeluarDanLawan bukan pengakhiran selagi tuntutan tidak ditunaikan


Sumber Twitter

31 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Aksi #KeluarDanLawan bukan pengakhiran kepada tuntutan anak muda dan tidak berundur selagi tuntutan tidak ditunaikan, kata Sekretariat Solidariti Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.


“Kami mengingatkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta seluruh kabinet untuk segera berundur dan meletakkan jawatan. Ini bukan pengakhiran kepada tuntutan anak muda. Kita tidak akan sesekali berundur.


“Sekiranya hari ini kita tidak melawan, kita akan ditindas lagi dan lagi!” desak Sekretariat Solidariti Rakyat iaitu penganjur perhimpunan #KeluarDanLawan.


Mereka menganggarkan lebih 2,000 anak muda turun berhimpun dan berarak menuju Dataran Merdeka sesuai dengan penjarakan social yang ditetapkan.


“Hampir 2,000 anak muda turun ke jalan menyatakan suara untuk mendesak Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dan lebih 272,000 ciapan (tweet) berkenaan #Lawan serta 20,000 ciapan mendesak agar Dataran Merdeka dibuka.


“Ini menjadi bukti bahawa rakyat terutamanya anak muda sudah muak dengan pentadbiran Muhyiddin yang gagal mengemudi negara untuk keluar daripada pandemik Covid-19,” katanya.


Walau bagaimanapun, perarakan mereka terhenti apabila polis tidak membenarkan mereka masuk ke Kawasan Dataran Merdeka.


“Kami kecewa tidak dapat berarak ke Dataran Merdeka walaupun pihak polis sendiri mengakui bahawa perhimpunan ini berjalan secara aman.


“Pihak kami memilih Dataran Merdeka kerana lokasi tersebut akan memudahkan pengawalan SOP terutamanya penjarakan sosial. Kita berjaya mengawal SOP dengan baik dan semua peserta memakai pelitup muka serta menjaga jarak antara satu sama lain,” tambahnya.


Sekretariat Solidariti Rakyat juga mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam protes di jalanan dengan selamat mahupun secara maya dalam himpunan #KeluarDanLawan hari ini.


“Hari ini, peserta-peserta kami juga telah menunjukkan bahawa kita boleh dan mampu protes di jalanan dengan selamat untuk menegakkan hak-hak kita. Terima kasih buat para peserta dan sukarelawan kami kerana mendengar arahan marsyal-marsyal protes dan berjaya mematuhi SOP sepenuhnya.


“Anak-anak muda kita sedang bersuara bagi setiap rakyat Malaysia yang tidak boleh, atau tidak akan keluar protes walaupun mereka sedang merasai kesan tatatadbir yang gagal dan juga penindasan.


“Sukarelawan-sukarelawan perubatan kami juga akan terus #Lawan di hospital, pusat-pusat kuarantin, PPV dan juga di jalanan kerana berdiam diri bukan lagi satu pilihan,” katanya lagi.


bottom of page