top of page

Kemasukan Universiti Awam guna sistem meritokrasi, temu duga bagi kursus tertentu

  • nabalunews
  • Oct 16, 2024
  • 1 min read

16 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA) akan terus menggunakan sistem meritokrasi, dengan 90 peratus penilaian berdasarkan markah akademik dan 10 peratus dari markah kokurikulum.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, menjelaskan bahawa kaedah temu duga juga mungkin diperkenalkan bagi kursus tertentu yang menerima permohonan dalam jumlah yang tinggi.


“Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang mempunyai markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal akan diberikan peluang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


Mustapha turut menjelaskan bahawa pengambilan pelajar di UA adalah berdasarkan syarat kemasukan yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Senat Universiti masing-masing.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page