Kematian Gajah Pygmy Borneo Akibat Kegagalan Organ
- nabalunews
- Oct 1
- 1 min read

1 Oktober 2025
LAHAD DATU: Seekor gajah pygmy Borneo betina yang ditemui mati di kawasan Hutan Simpan Lembah Danum bulan lalu disahkan akibat kegagalan organ.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, perkara itu disahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah selepas pemeriksaan menunjukkan tiada sebarang kecederaan baharu dikesan pada bangkai haiwan itu.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai gajah berkenaan hanya menemukan luka lama kecil tanpa kecederaan lain.
“Sampel organ dalaman yang dihantar ke makmal kemudian turut mengesahkan kematian berpunca daripada kegagalan organ,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian 26 September lalu, bangkai gajah berusia sembilan hingga 10 tahun itu ditemui penyelia ladang kira-kira jam 10.20 pagi di Blok 57 Felcra Berhad Estate Danum.
Hasil penemuan itu terus dilaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah sebelum proses bedah siasat dijalankan pada 27 September untuk mengenalpasti punca kematian haiwan berkenaan.


















Comments