top of page

Kembalikan PPD Tamparuli Sebagaimana PPD Membakut — Madius

  • nabalunews
  • Jul 20
  • 1 min read

KOTA KINABALU, 20 Julai — Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau hari ini memohon Kerajaan Negeri mempertimbangkan mengembalikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tamparuli mengikut prinsip yang sama seperti PPD Membakut.


Berucap ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2026, beliau berkata PPD Tamparuli pernah diwujudkan sebelum ini sebelum digabungkan dengan PPD Tuaran.


"Situasi ini serupa dengan PPD Membakut yang turut dimansuhkan pada ketika itu, dan hari ini PPD Membakut telah diwujudkan semula.


"Saya berharap prinsip yang sama dapat dipertimbangkan bagi menubuhkan semula PPD Tamparuli dan pihak Kerajaan Negeri dapat memperjuangkan perkara ini ke peringkat persekutuan," katanya.


Madius berkata, penubuhan semula PPD Tamparuli akan memperkukuhkan pengurusan pendidikan serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada sekolah-sekolah di Tamparuli, Tenghilan dan sekitarnya.


Ujar beliau, langkah itu turut akan meningkatkan pembangunan modal insan di kawasan tersebut.


"Ukuran kejayaan Kerajaan bukanlah berapa banyak wang yang dibelanjakan, tetapi berapa banyak masalah rakyat yang berjaya diselesaikan.


"Ini termasuklah dalam sektor pendidikan.


"Kerajaan tidak dinilai berdasarkan berapa banyak wang yang dibelanjakan, tetapi berdasarkan berapa banyak masalah rakyat yang berjaya diselesaikan," tambah Madius sambil menyatakan sokongan terhadap RUU tersebut dengan harapan setiap ringgit yang diluluskan dibelanjakan secara berhemah.

 
 
 

1 Comment


svatoslavsvatr
svatoslavsvatr
Jul 20

Hi, I stumbled on this while browsing a Reddit thread about improving Instagram aesthetics. I don’t run a brand or anything, just like keeping my profile neat because I post travel and random daily shots. During testing I used Spreadex Casinо to check how my next posts would look together. I liked being able to drag things around and immediately see changes in the grid. It helped me understand why some of my past posts felt out of place. Now I plan my uploads a bit more instead of posting on impulse.


Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page