top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kembara Kenali Borneo menelusuri empat daerah di Sabah


5 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini meneruskan Kembara Kenali Borneo dengan menelusuri empat daerah di Sabah.


Pasangan Seri Paduka Baginda bersama konvoi berangkat dari Sandakan menuju ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Sepilok, yang terkenal sebagai tempat perlindungan dan pemulihan spesies terancam itu.


Selain itu, konvoi juga akan melawat Institut Perhutanan Sabah di Telupid, dan Tagal Sungai Moroli di Ranau.


Konvoi juga akan menghadiri Majlis Santapan Bersama Rakyat pada malam ini di Pentas Budaya, Kundasang, yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.


Kembara ini bermula pada 3 September di Tawau, Sabah dan akan berakhir pada 13 September di Telok Melano, Sarawak dengan jarak 2,154 kilometer melalui Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei.


Comentários


bottom of page