KEMENANGAN WARISAN DUN DARAU KEKAL, MAHKAMAH TOLAK PETISYEN CALON BNKEMENANGAN WARISAN DUN DARAU KEKAL, MAHKAMAH TOLAK PETISYEN CALON BN
top of page
  • nabalunews

KEMENANGAN WARISAN DUN DARAU KEKAL, MAHKAMAH TOLAK PETISYEN CALON BN



23 DIS 2020


KOTA KINABALU: Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini menolak petisyen pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau yang difailkan calon Barisan Nasional, Datuk Jumat Idris pada 20hb Oktober lalu.


Jumat dalam petisyen tersebut mencabar kemenangan dicapai calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Azhar Matussin dengan majoriti 562 undi.


Dalam petisyen berkenaan, Jumat menamakan Azhar sebagai responden pertama, pegawai pengurus pilihan raya DUN Sabah sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga.


Hakim Azahari Kamal Ramli membuat keputusan menolak petisyen berkenaan dan menerima bantahan awal dikemukakan peguam responden pertama dan peguam responden kedua dan ketiga selepas petisyen tersebut didapati mempunyai beberapa kelemahan dan pengingkaran dengan peraturan petisyen pilihanraya.


Hakim tersebut seterusnya mengumumkan bahawa Azhar sebagai calon yang dilapor pilih dan dipilih sewajarnya.


Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September lalu, Azhar berjaya mendapat 5,805 undi menewaskan Jumat yang menerima 5,243 undi. - SABAHTODAY

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page