Kemiskinan punca utama keciciran murid, pelajar - Fadhlina

16 Jun 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Kemiskinan menjadi faktor utama yang menyebabkan masalah keciciran dalam kalangan murid dan pelajar di negara ini, menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Jelas beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengumpul data dan menangani isu tersebut dengan segera.
Beliau menekankan bahawa tanggungjawab untuk mengurangkan keciciran pelajar bukan sahaja terletak pada KPM, sekolah dan guru, tetapi juga melibatkan ibu bapa dan komuniti.
"Kebimbangan itu ada kita pun tak defensif dalam soal kebimbangan itu. Sebaliknya, kita perlu melakukan intervensi yang berkesan untuk mengatasi masalah ini.
"Jadi komitmen kita tinggi dan kita tidak berseorangan dalam konteks ini kerana ia turut dilakukan oleh NGO dan bersama KPM dan komuniti,” katanya.
Comments