Kempen derma darah di HQE ll Khamis iniKempen derma darah di HQE ll Khamis ini
top of page
  • nabalunews

Kempen derma darah di HQE ll Khamis ini


1 September 2021


KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya penduduk sekitar Kota Kinabalu digesa hadir menderma Darah Khamis ini (2 September).


Kempen itu akan bermula pada jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang bertempat di Aras Basement, JPT, Hospital Queen Elizabeth Dua (HQE II).


Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen itu adalah dengan kerjasama diantara Pendarah dengan pihak Tabung Darah HQE II sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021.


“Ketika ini semua hospital kerajaan mengalami kekurangan bekalan darah, terutama darah jenis O, oleh itu kami berharap orang ramai dapat meluangkan sedikit masa untuk menderma darah.


“Pihak Penganjur juga telah menyediakan goodies beras 5kg kepada 50 orang penderma terawal sebagai saguhati kepada penderma darah,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page