KEMPEN PEMVAKSINAN COVID-19 DI BRAZIL BERMULA RABUKEMPEN PEMVAKSINAN COVID-19 DI BRAZIL BERMULA RABU
top of page
  • nabalunews

KEMPEN PEMVAKSINAN COVID-19 DI BRAZIL BERMULA RABU



18 Jan 2021


RIO DE JANEIRO: Brazil akan memulakan pemvaksinan COVID-19 besar-besaran pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua.


Menteri Kesihatan Eduardo Pazuello pada sidang media, Ahad berkata vaksin akan diedarkan ke seluruh negara mulai Isnin pagi.


Keputusan itu dibuat selepas Badan Kawalan Kesihatan Brazil pada Ahad sebulat suara meluluskan penggunaan kecemasan vaksin CoronaVac, dihasilkan makmal China Sinovac, dan juga vaksin AstraZeneca-University of Oxford.


Bekalan vaksin akan dihantar Angkatan Tentera Udara Brazil "ke pusat strategik" di setiap negeri, dan pada Rabu, pemvaksinan di seluruh negara bermula.


Vaksin pertama yang diedarkan di Brazil adalah CoronaVac, dibangunkan oleh Sinovac bersama Institut Butantan Sao Paulo, dan dos pertama diberikan kepada petugas kesihatan di Sao Paulo sebaik sahaja mendapat kelulusan.


Kerajaan Brazil telah memperoleh jaminan enam juta dos vaksin CoronaVac untuk edaran ke seluruh negara.


Meskipun program vaksin akan bermula, menteri itu menggesa penduduk "tidak bersikap sambil lewa terhadap langkah-langkah pencegahan.”


Brazil setakat ini mencatatkan hampir 8.5 juta kes COVID-19, dan hampir 210,000 kematian. – Bernama


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page