top of page

Kempen Sifar Plastik: Satu Murid, Satu Bekas Makanan Demi Alam Sekitar

  • nabalunews
  • 13 hours ago
  • 1 min read

2 Julai 2025


SANDAKAN: Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying hari ini, melancarkan Kempen Sifar Plastik di Sekolah Kebangsaan (Cina) Cheng Min, di sini, sebagai langkah meningkatkan kesedaran terhadap bahaya pencemaran plastik.


Menerusi kempen itu, setiap murid menerima sebuah bekas makanan tahan lama yang boleh digunakan semula bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekas pakai buang dan beg plastik.


Menurutnya, pencemaran plastik kini menjadi isu alam sekitar yang membimbangkan, dengan beg plastik yang hanya digunakan beberapa minit mampu mencemarkan bumi selama ratusan tahun.


“Plastik sekali guna mencemarkan tanah dan laut serta membahayakan kesihatan manusia dan haiwan.


Perubahan besar boleh bermula dengan tindakan kecil seperti satu murid membawa satu bekas makanan,” katanya dalam ucapan perasmiannya, hari ini.


Turut hadir Ahli Parlimen Sandakan, YB Vivian Wong Shir Yee, Pengerusi Persatuan Cahaya Hijau Sabah, Benita Wong Shing Yee, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Hong Chun Yin, Guru Besar Kong Li Li, serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Alumni sekolah.


Lim berkata, pendidikan kesedaran perlu bermula di peringkat akar umbi, iaitu sekolah dan kanak-kanak, supaya amalan hijau ini dapat disebar luas ke peringkat keluarga dan masyarakat.


Katanya, plastik sekali guna adalah ancaman besar kepada ekosistem laut, dengan lebih 8 juta tan plastik dibuang ke lautan setiap tahun.


“Sebagai pewaris masa depan negara, generasi muda memainkan peranan penting dalam memelihara bumi kita. Sekolah harus menjadi titik mula kepada kehidupan yang lebih lestari,” ujarnya.


Kempen ini diharap dapat memupuk budaya hijau dan tanggungjawab alam sekitar dalam kalangan murid serta komuniti setempat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page