top of page
nabalunews

Kemudahan untuk rakyat di Kampung Purak Ogis sentiasa diberikan perhatian



22 Oktober 2024


KOTA BELUD: Satu lawatan yang bertujuan untuk meninjau beberapa aspek pembangunan di Kampung Purak Ogis di sini telah dibuat oleh Pemaju Mukim N. 11 Kadamaian, Anichlose Kesimin yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian, semalam.


Antara agenda utama lawatan kerja ke lapangan ini adalah meninjau dan menilai cadangan naik taraf jalan pertanian yang melibatkan penduduk Kampung Purak Ogis serta Kebayau Lama.


Kerja naik taraf ini penting bagi memudahkan akses serta meningkatkan kemudahan infrastruktur untuk kegiatan pertanian penduduk kampung.


Lawatan ini turut melibatkan kunjungan ke Rumah Mesra SMJ milik Soinim Maradan di Kampung Purak Ogis, di mana isu-isu kebajikan dan keperluan semasa beliau dan keluarga dibincangkan.


Turut diadakan, lawatan ke Mini Dewan Terbuka Kampung Purak Ogis, iaitu sebuah kemudahan yang digunakan oleh penduduk untuk pelbagai aktiviti komuniti.


Dewan ini dilihat sebagai antara kemudahan penting yang perlu untuk terus ditambah baik demi keselesaan dan manfaat bersama.


Turut hadir dalam lawatan ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Purak Ogis, Yamong Yaton, yang memberikan pandangan dan maklumat terperinci mengenai keperluan dan keadaan semasa kampung ini.

Comments


bottom of page