Kenaikan gaji ketua menteri, menteri dan Adun Sabah dilihat tidak sensitif masalah rakyat
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kenaikan gaji ketua menteri, menteri dan Adun Sabah dilihat tidak sensitif masalah rakyat


20 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kenaikan gaji ketua menteri, menteri dan semua ahli dewan undangan negeri (Adun) Sabah sebanyak 40 peratus semasa rakyat bergelumang dengan pelbagai masalah dilihat sebagai

tidak sensitif terhadap penderitaan rakyat biasa.


Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Penampang Billy Joe Dominic berkata, kenaikan gaji bukan keperluan mendesak bagi para Yang Berhormat (YB).


“Saya harap wakil-wakil rakyat lebih sensitif, kalau dengan gaji mereka sekarang mereka sudah rasa terbeban dan tidak mencukupi, bayangkan rakyat biasa yang bergaji minimum RM1,500 sebulan.


“Para YB dan menteri menerima pelbagai elaun dari kerajaan, terdapat juga menteri dan Adun yang menyandang jawatan berpendapatan di GLC. Mereka mendapat pelbagai keistimewaan. Misanya ketua menteri, beliau memegang jawatan di GLC dapat elaun, medapat elaun dari kerajaan, bil letrik air percuma dan pelbagai lagi keistimewaan. Adakah ini masih tidak mencukupi? ,” kata Billy Joe dalam kenyataan media, hari ini.


Billy Joe berkata, kenaikan gaji mereka tidak akan menyelesaikan masalah rakyat, sebaliknya akan membebankan kewangan kerajaan.


“Di sana sini rakyat mengeluh dengan pelbagai masalah dan kebanyakan masalah itu ialah kewangan dan Kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah daif, ketiadaan air, bekalan letrik selalu terputus dan kos sara hidup yang semakin meningkat.


“Semua masalah ini sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan bukan kenaikan gaji mereka sendiri. Kenaikan gaji YB-YB tiada keuntungan kepada rakyat sebaliknya hanya menguntungkan mereka sahaja,” katanya.

bottom of page