Kenaikan kadar elaun bulanan kepada 3,963 Ketua Adat di Sabah
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kenaikan kadar elaun bulanan kepada 3,963 Ketua Adat di Sabah


27 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Seramai 3,963 pemimpin masyarakat (Ketua Adat) di Sabah akan mendapat purata 48 peratus kenaikan elaun bulanan mulai September tahun ini.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan elaun bulanan Ketua Daerah dinaikkan kepada RM3,500 daripada RM2,700 (29.6 peratus kenaikan), Ketua Anak Negen kepada RM2,500 daripada RM1,700 (47.1 peratus peningkatan), Wakil Ketua Anak Negeri kepada RM1,300 daripada RM900 (44.4 peratus kenaikan). Ketua Kampung dan Kapitan kepada RM1,200 daripada RM700 (71.4 peratus kenaikan).


Langkah itu akan memberi manfaat kepada 57 Ketua Daerah, 272 Ketua Anak Negeri, 648 Wakil Ketua Anak Negeri, 2,810 Ketua Kampung dan 176 Kapitan di seluruh negeri.


Antara justifikasi kenaikan ini ialah sebagai pengiktirafan kedudukan terhormat Ketua Adat dalam masyarakat, termasuk peranan mereka sebagai hakim di Mahkamah Anak Negeri dan menampung perbelanjaan ketika menghadiri mesyuarat, kursus dan majlis rasmi di luar daerah.


"Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan penting Ketua Adat sebagai pemimpin di peringkat akar umbi dan kenaikan itu bertujuan meningkatkan motivasi ketua adat untuk memberikan perkhidmatan yang penuh integriti kepada masyarakat.


"Tambahan pula, ia telah lama tertunggak dengan semakan yang terakhir dilakukan pada tahun 2013. Elaun mereka kekal tidak berubah manakala kos sara hidup meningkat.


"Ini adalah bukti komitmen Kerajaan untuk memenuhi keperluan semua pihak dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page