KENAPA BUKAN MUHYIDDIN SAHAJA YANG MENGETUAI JIKA BELIAU ADA LEADERSHIP?KENAPA BUKAN MUHYIDDIN SAHAJA YANG MENGETUAI JIKA BELIAU ADA LEADERSHIP?
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KENAPA BUKAN MUHYIDDIN SAHAJA YANG MENGETUAI JIKA BELIAU ADA LEADERSHIP?



9 Julai 2021

1. Sebentar tadi Tan Sri Muhyiddin/Mahiaddin Yassin mengumumkan perlantikan Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN). 2. Dua hari lepas, Muhyiddin/Mahiaddin mengumumkan perlantikan Dato Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Kanan mengetuai Kluster Keselamatan menggantikan Dato Ismail Sabri yang dinaikkan pangkat. 3. Kenapa bukan Muhyiddin/Mahiaddin sahaja yang mengetuai jika beliau ada leadership? (Sampai hari ini, Tengku Zafrul masih gagal merealisasikan pemberian 150,000 laptop kepada para pelajar untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)). 4. Apa yang Muhyiddin/Mahiaddin buat sebenarnya? 5. Ya, beliau adalah Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertanggungjawab membuat keputusan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan S.O.P. 6. Dan seperti diakui parti komponen Kerajaan, UMNO, bahawa Muhyiddin/Mahiaddin telah dan sedang gagal sebagai ketua. 7. Lihat sahaja banyak S.O.P yang caca marba sejak diperkenalkan. Lihat sahaja kegagalan Ordinan Darurat dalam menurunkan bilangan kes jangkitan Covid-19. Lihat sahaja kemerosotan ekonomi dalam negara termasuk prestasi bursa. Lihat betapa bertambahnya bilangan kes bunuh diri kerana tekanan yang dihadapi di atas kegagalan-kegagalan yang menyebabkan tekanan diri. Lihat sahaja kelembaban program bantuan kepada rakyat sehingga rakyat yang terpaksa menjaga sesama rakyat. 8. Muhyiddin/Mahiaddin juga gagal memastikan pemberian vaksin yang banyak kepada Sabah sehingga Kerajaan Negeri terpaksa 'balik-balik' meminta? Kalau semasa pilihanraya tahun lepas, bukan hebat lagi beliau berhujah kononnya jika kerajaan negeri senada/sekomponen dengan persekutuan, maka lancarlah pembangunan Sabah. Tapi dalam pengurusan krisis Covid ini, Sabah terkebelakang dalam pemberian vaksin. Sabah juga terkebelakang dalam urustadbir S.O.P sehinggakan Ketua Menteri terpaksa mengeluarkan pengumuman sendiri (yang tidak mahu diperakukan segera oleh MKN). 9. Kalau semasa pilihanraya, jentera dari pelusuk Semenanjung dikerah ke seluruh Sabah, tetapi dalam program pemberian vaksin, tidak nampak usaha kerajaan persekutuan mengerah jenteranya berkempen untuk memberi vaksin di seluruh Sabah. Malah palih menyedihkan, ada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpaksa ditutup dan jadual pemberian vaksin dibatalkan kerana kekurangan vaksin. 10. Dalam konteks Sabah, saya tidak nampak keutamaan yang diberikan oleh Muhyiddin/Mahiaddin. 11. Apakah Muhyiddin/Mahiaddin hanya tiba-tiba cergas dan sihat untuk mengetuai perbincangan memastikan beliau kekal pada jawatannya sekarang, tetapi tidak cukup cergas untuk mengetuai pengurusan krisis dan pemulihan negara? 12. Jika sudah tidak mampu untuk mengetuai, berundurlah. Biar seseorang yang lebih cergas menjadi Ketua / Pemimpin. Ewon Benedick Naib Presiden UPKO ADUN Kadamaian

bottom of page