top of page
  • nabalunews

Kenyataan media bersama lima Adun UMNO Sabah

7 Januari 2023


1. Kami melahirkan rasa terkilan dan kesal kerana Sabah dan rakyatnya sekali lagi diheret ke dalam krisis politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


2. Bersama-sama rakyat Sabah, kami berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa ini bukan masanya untuk merebut kuasa politik. Sebaliknya, sudah tiba masanya untuk bersatu agar kerajaan negeri sekarang dan semua pihak dapat terus menumpukan masa, tenaga dan sumber untuk memulih dan memajukan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat.


3. Kami telah dikejutkan oleh tindakan beberapa pihak tertentu khususnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah yang telah berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah yang sah. Sesungguhnya kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut.


4. Kami dengan ini mengisytiharkan sokongan kami yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri yang sah di sisi perlembagaan.


5. Sepertimana juga aspirasi rakyat Sabah, kami mahukan kestabilan politik yang telah wujud selama ini dikekalkan dan menolak sebarang percubaan atau tindakan oleh mana-mana pihak yang ingin menimbulkan kekacauan dan keresahan rakyat.


6. Bersama-sama kita berdoa semoga kemelut politik ini segera berakhir agar usaha untuk memakmurkan Negeri Sabah yang tercinta ini dapat diteruskan.


7. Dengan itu, kami sekali lagi menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.


YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya, ADUN N27 Tanjung Keramat


YB Datuk Jasnih Daya, ADUN N13 Pantai Dalit


YB Datuk James Ratib, ADUN N48 Sugut


YB Datuk Dr Yusuf Yacob, ADUN N35 Sindumin


YB Datuk Mohd Arsad Bistari, ADUN N9 Tempasuk

bottom of page