Kenyataan Tony Pua tidak selari pendirian DAP: Anthony Loke
- Wartawan Nabalu News
- Jun 24, 2023
- 1 min read

24 Jun 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini.
Sehubungan itu beliau mengingatkan semua pemimpin dan ahli DAP suoaya sentiasa menjaga keharmonian hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, ini penting demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran.
“Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.
“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Anthony berkata demikian bagi mengulas laporan media yang memetik ucapan Tony Pua dalam satu majlis yang dianjurkan oleh DAP Petaling Jaya.
“Tony Pua tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam DAP. Justeru itu, beliau bercakap di atas kapasiti individu dan tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.
“Ucapan tersebut yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan (uncalled for),” kata Anthony.


















Comments