top of page

Kepala Air Ragut Nyawa Kanak-kanak dan Warga Emas

  • nabalunews
  • Oct 3
  • 1 min read

ree

3 Oktober 2025


KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita warga emas ditemukan lemas selepas dihanyutkan kepala air di Kampung Bangkulut Imbak Timbangan Evogold Sdn Bhd, Tongod, semalam.


Mangsa yang berusia tujuh dan 79 tahun itu dilaporkan ditemui antara 200 hingga 250 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.46 malam.

ree

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tongod.


“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, paras air sungai didapati naik mendadak dipercayai berpunca daripada kepala air dari hulu.


“Operasi pencarian segera dijalankan dalam radius 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan dihanyutkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ree

Menurutnya, mayat wanita warga emas yang merupakan warga Indonesia ditemui kira-kira 250 meter dari lokasi asal.


“Tidak lama selepas itu, mayat kanak-kanak lelaki warga tempatan berkenaan pula ditemukan pada jarak 200 meter dari penemuan pertama.


“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

ree

Sementara itu katanya, operasi pemindahan penduduk tidak dilakukan kerana paras air sungai kembali surut.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.04 pagi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page