Kepelbagaian di Sabah - Salleh Said Keruak
top of page
  • nabalunews

Kepelbagaian di Sabah - Salleh Said Keruak


21 Mac 2023


Kewujudan rumah ibadat berbeza agama di lokasi berhampiran antara satu sama lain, memberi gambaran jelas betapa amalan toleransi kaum yang sangat tinggi djalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di Sabah.


Bagi rakyat negeri ini, perbezaan agama bukan halangan untuk hidup harmoni.


Senario ini menunjukkan tahap toleransi agama dan persefahaman yang sangat tinggi di kalangan masyarakat majmuk di Sabah.


Bagi rakyat negeri, perbezaan agama dan latar belakang kaum tidak sama sekali menjadi halangan untuk mereka bersatu.


Malah jangan hairan kalau terjumpa orang Islam yang berkunjung ke majlis perkahwinan penganut kristien yang diadakan di gereja.


Amalan kesederhanan ini bukan menjadi isu di Sabah yang mempunyai lebih 30 suku kaum yang berbeza agama.


Semangat kekitaan dan budaya saling menghormati ini merupakan antara kunci kejayaan Sabah dalam mengekalkan perpaduan kaum dan kesederhanaan hidup.


Tidak harianlah rakyat negeri ini dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.


Marilah kita pertahankan amalan kesederhanan dan kesepakatan ini yang tidak mudah dipengaruhi dan diganggu gugat elemen yang ekstrem.


Bekas Ketua Menteri Sabah

Datuk Seri Dr Salle Said Keruak

bottom of page