KEPERLUAN BANTUAN BAGI PELAJAR KOLEJ DAN UNIVERSITI YANG BELAJAR MELALUI ODLKEPERLUAN BANTUAN BAGI PELAJAR KOLEJ DAN UNIVERSITI YANG BELAJAR MELALUI ODL
top of page
  • nabalunews

KEPERLUAN BANTUAN BAGI PELAJAR KOLEJ DAN UNIVERSITI YANG BELAJAR MELALUI ODL



15 Jun 2021


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sejak PKP 1.0 dan terkini PKP 3.0 telah menjadikan pembelajaran jarak jauh atas talian (ODL) sebagai satu-satunya platform pembelajaran dan pengajaran bagi semua pelajar.


Namun demikian, terdapat pelbagai luahan dan rungutan daripada pihak pelajar,pengajar mahupun ibu bapa. Susulan dari itu, MUDA Sabah telah mengambll inisiatif dengan mengadakan sesi diskusi bersama pelajar yang terdiri daripada mahasiswa Sabah daripada pelbagai institusi pengajian tinggi pada 5 Jun 2021. la bertujuan bagi mendapatkan maklum balas dengan lebih dekat dan tepat .


MUDA Sabah mendapati terdapat beberapa isu penting dan serius yang perlu ditangani dengan segera oleh pihak kerajaan.


MUDA Sabah dengan ini mengusulkan 6 cadangan seperti berikut:


1. Memperbanyakkan skim sokongan bagi pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyal akses pendidikan bagi menjalanl ODL. lni termasuk akses yang mencukupi bagi pembelian internet dan peranti teknologi yang diperlukan untuk menjalani ODL. Jika tidak, lni akan melebarkan lagi jurang pencapaian antara pelajar desa·bandar.


2. Mengurangkan yuran pengajian bagi meringankan beban pelajar dan ahli keluarga mereka, khususnya yang terjejas pendapatan sewaktu pelaksanaan PKP.


3. Memberi akses yang lebih baik kepada perkhidmatan kesihatan mental kepada pelajar yang menjaiani ODL.


4 . Plhak universiti dan kolej memberi akses kepada pelajar terhadap sumber rujukan atas talian yang mencukupi dengan memberi lesen untuk mengakses jurnal, artikel, penerbitan dan lain-lain untuk tujuan pembelajaran dan menyiapkan tugasan mereka. lni kerana sewaktu menjalani ODL, sumber rujukan utama yang terdapat di perpustakaan tidak dapat diakses.


5. Memberikan pilihan yang lebih flekslbel kepada pelajar B40 untuk menggunakan kredit E-Belia dengan memasukkan terus ke dalam dalam akaun bank. Wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan membeli keperluan harian dan Internet bagi tujuan pembelajaran alas talian.


6. Menyebarkan maklumat yang lebih luas mengenai skim sokongan yang tersedia untuk golongan pelajar.


Dengan penuh rasa hormat, kami berharap agar pihak kerajaan dapat mengambil perhatian terhadap semua cadangan di atas bagi memastikan kebajikan pelajar benar-benar terjaga sepanjang pelaksanaan ODL.


HIEW WENTIAN

PIC Mahasiswa/Siswi MUDA Sabah

bottom of page