top of page

KEPUTUSAN SPM 2020 SELURUH NEGARA CATAT PENCAPAIAN TERBAIK DALAM TEMPOH LIMA TAHUN

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 10, 2021
  • 1 min read

Gambar fail

10 Jun 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 seluruh negara yang diumumkan hari ini merekodkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.


Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin, Gred Purata Nasional (GPN) tahun 2020 adalah 4.80 iaitu lebih baik berbanding 4.86 pada tahun 2019.


"Data ini menunjukkan pencapaian calon adalah lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding tahun 2019.


"Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Analisa ini adalah berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran," katanya pada sidang media khas pengumuman keputusan SPM 2020 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, hari ini.


Radzi berkata, jurang pencapaian calon SPM di bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan. Sebelum ini jurang pencapaian SPM tahun 2019 ialah 0.44 menurun kepada 0.38 pada tahun 2020.


Berkaitan slip keputusan peperiksaan, beliau berkata, calon boleh memuat turun pengambilan slip keputusan tersebut dalam talian iaitu https://myresult1.moe.gov.my atau di https://myresult2.moe.gov.my bermula hari ini.


Manakala sijil peperiksaan SPM akan diedarkan secara berperingkat pada 10 Julai nanti.


Seramai 401,105 calon telah menduduki peperiksaan SPM di seluruh negara bermula 22 Februari hingga 25 Mac yang lalu.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page