top of page

Keputusan STPM 2022 bakal diumumkan pada Khamis

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 11, 2023
  • 1 min read

11 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Seramai 41,701 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 akan menerima keputusan mereka pada Khamis ini.


Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan pada Selasa berkata, calon boleh menyemak keputusan mereka menerusi tiga kaedah, iaitu di sekolah masing-masing, pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK dan sistem pesanan ringkas (SMS).


"Untuk semakan melalui SMS, calon perlu menaip STPMNo.K/PAngka Giliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada sehingga jam 12 tengah hari Ahad," katanya.


MPM juga berkata peperiksaan STPM Tahun 2022 telah dijalankan di 659 pusat peperiksaan di seluruh negara dengan penglibatan 5,668 petugas peperiksaan.



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page