top of page

Kerajaan akan struktur semula ekonomi berlandaskan tiga keutamaan strategik - PM Anwar

  • nabalunews
  • Jan 19, 2023
  • 1 min read

19 Januari 2023


PUTRAJAYA: Kerajaan akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia MADANI. 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan dan pengembangan ekonomi negara perlu dicapai dalam konteks yang lebih luas iaitu ekonomi manusiawi yang mengutamakan keperluan rakyat.


"Khususnya kepada golongan miskin dan terpinggir serta membebaskan mereka daripada cengkaman kemiskinan dalam sistem kapitalisme yang tidak terkawal yang memupuk ketidaksamaan kekayaan dan ketidaksamaan taraf hidup," katanya ketika menyampaikan amanat sempena Wacana Membangun Malaysia Madani, di sini, hari ini. 


Wahana utama yang menjadi teras Malaysia Madani akan bertunjangkan kepada empat Teras Strategik Utama iaitu Membina Semula Ekonomi, Menjamin Kesejahteraan Insan, Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan serta Mewujudkan Pentadbiran Beramanah.


Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar merangka konsep MADANI sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan, sekali gus mengoptimumkan fungsi jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar berkaitan. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page