top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET kepada RM2,000


17 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KEPALA BATAS: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000 bagi memastikan tenaga kerja yang kompeten seiring dengan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).


Menteri KKDW Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan komited untuk meningkatkan kualiti dan pengiktirafan TVET sebagai pilihan utama pelajar dan pekerja.


"Apa yang saya lakukan ialah transformasi... untuk kita bergerak mengorak langkah baharu ke arah IR 4.0. Insya-Allah, satu dasar baharu oleh Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) dengan kerjasama Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin), kerjasama 10 lagi kementeriaan untuk kita rombak dan kita akan menjadi negara maju, insya-Allah, di bawah pimpinan Perdana Menteri Kerajaan MADANI," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai sesi bual bicara komuniti TVET di Ekspo TVET@KKDW 2023 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini kelmarin.


Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut menyatakan bahawa sebanyak 92.5 peratus lepasan TVET berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.




Comments


bottom of page