Kerajaan cari pelabur bina kilang sarung tangan getah di SabahKerajaan cari pelabur bina kilang sarung tangan getah di Sabah
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Kerajaan cari pelabur bina kilang sarung tangan getah di Sabah



22 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), sedang mencari pelabur untuk menceburi industri hiliran berasaskan lateks dan membina kilang sarung tangan getah di negeri ini.


Menterinya Datuk Dr.Jeffrey Kitingan berkata, LIGS membekalkan bahan mentah kepada syarikat Cooldec Latex Industries Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti pembuatan tilam dan bantal berasaskan lateks di KKIP.


“Syarikat ini juga sedang membina sebuah kilang sarung tangan getah yang dijangka akan memulakan operasi pada penghujung tahun 2022. Nilai pelaburan Cooldec Latex Industries Sdn. Bhd. adalah berjumlah RM150 Juta.


“Di samping itu, LIGS juga kini bekerjasama dengan Sabah Timber Industry Association (STIA) untuk menyediakan kayu getah bagi membangunkan kilang perabot berasaskan kayu getah,” katanya pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri, hari ini.


Dr.Jeffrey berkata, kementerian akan terus menggalakkan usaha sama dengan syarikat pelaburan dari dalam dan luar negara bagi memajukan sektor pertanian di negeri Sabah.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page