KERAJAAN DISARAN LAKSANA "FULL LOCKDOWN" ATASI PANDEMIKKERAJAAN DISARAN LAKSANA "FULL LOCKDOWN" ATASI PANDEMIK
top of page
  • nabalunews

KERAJAAN DISARAN LAKSANA "FULL LOCKDOWN" ATASI PANDEMIK



15 Julai 2021


Melihat kepada kes pada hari ini yang memuncak ke 13,215, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin agar menimbangkan untuk pelaksanaan FULL LOCKDOWN selama 14 atau 21 hari iaitu bersamaan dengan jangka hayat virus ini hidup dalam badan manusia.


Jikalau sebelum ini diperkenalkan TOTAL LOCKDOWN dengan beberapa sektor masih dibuka justeru dengan pelaksanaan FULL LOCKDOWN ini seharusnya tiada sektor apa pun yang dibenarkan untuk dibuka kecuali bahagian keselamatan, perubatan dan mereka yang mempunyai temujanji untuk suntikan vaksin.


Dalam pelaksanaan FULL LOCKDOWN ini Kerajaan juga haruslah memastikan bahawa rakyat mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Oleh itu, notis awal bagi pelaksanaan FULL LOCKDOWN haruslah dikeluarkan bagi mengelak “panic buying'”.


Kerajaan juga haruslah mengetatkan SOP di kesemua pintu masuk negara. Setiap mereka yang masuk ke negara mahupun negeri haruslah diwajibkan untuk menjalani ujian RTK di pintu-pintu masuk pada masa itu juga. Oleh itu, petugas-petugas yang melakukan ujian RTK ini haruslah diletakkan di kesemua pintu-pintu masuk negara.


Setiap mereka yang masuk ke dalam negara mahupun negeri juga haruslah diwajibkan untuk dikuarantin selama 14 hari atau sehingga keputusan RTK mereka diuji negatif.


Saya yakin majoriti rakyat Malaysia khususnya yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur sudah merasa puas dan muak dikurung tanpa sebarang kepastian sehingga bilakah mereka akan beralih ke fasa berikutnya.


Sebagai marhaen, saya tidak nafikan hakikat bahawa virus Covid-19 ini sudah berada bersama masyarakat. Justeru saya amat menyokong saranan Perdana Menteri untuk kita hidup dengan cara "New Normal".


Saya berpendapat bahawa kita tidak mungkin akan berjaya menangani pandemik ini dengan cara yang diguna pakai pada hari ini.


Walaupun saya sering menyarankan agar setiap rakyat mendapatkan vaksin imunisasi namun berdasarkan kajian daripada KKM, jelas menyatakan mereka yang sudah divaksin pun masih boleh dijangkiti wabak ini namun tidaklah seteruk sehingga tahap 3 dan ke atas.


Saya ingin mempersoalkan rasional disebalik ujian RTK di Selangor dan Kuala Lumpur. Bagi saya ia akan hanya menambah jumlah kes harian dan jumlah penghuni di dalan wad ICU.


Teddy Martin

UPKO Putatan

bottom of page