top of page

Kerajaan kurangkan harga runcit petrol RON97 dan diesel bermula 29 Ogos

  • nabalunews
  • Aug 28, 2024
  • 1 min read

28 Ogos 2024


PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan pengurangan harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter, seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.


Bermula 29 Ogos hingga 4 September, harga runcit petrol RON97 diturunkan kepada RM3.42 seliter, manakala harga runcit diesel diturunkan kepada RM3.18 seliter.


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit produk petroleum ini dilakukan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.


Harga runcit petrol RON95 pula kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.


Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak dunia dan mengambil langkah sewajarnya untuk menyokong kestabilan harga serta memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page