top of page

Kerajaan Malaysia akan terus pertahankan kedaulatan Sabah, tidak pernah iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 29, 2024
  • 1 min read

29 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf mana-mana tuntutan ke atas Sabah.


Malah Kerajaan Malaysia menegaskan akan terus mempertahankan kedaulatan Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia dan memastikan agar kedaulatan, keutuhan wilayah dan kepentingan negara sentiasa dilindungi pada setiap masa.


Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar Negeri mengambil maklum mengenai penularan satu video di media sosial yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mengelirukan yang mempertikaikan kedaulatan negeri Sabah sebagai sebahagian penting daripada Malaysia.


"Kementerian ini sedang menjalankan siasatan secara mendalam dengan kerjasama kementerian serta agensi berkenaan berhubung perkara ini," kata kenyataan itu.


Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri menegaskan pendirian Kerajaan Malaysia bahawa Sabah sentiasa merupakan sebahagian penting daripada Malaysia.


Kerajaan Malaysia juga tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf mana-mana tuntutan ke atas Sabah.


Ini kerana Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.


Rakyat Sabah juga telah melaksanakan hak penentuan nasib sendiri (self-determination)

berhubung pembentukan Malaysia menerusi Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page