top of page

KERAJAAN NEGERI AKAN BANGUNKAN PORTAL USAHAWAN SABAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 26, 2020
  • 1 min read


26 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri sedang dalam proses membangunkan satu portal usahawan untuk menyenaraikan ke semua usahawan di Sabah.


Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr.Joachim Gunsalam berkata portal tersebut akan mempunyai maklumat-maklumat terperinci usahawan di Sabah.


“Portal ini akan dapat digunakan oleh semua kementerian dan agensi yang mempunyai program pembangunan usahawan.

“Apabila portal ini siap dibangunkan pada tahun hadapan, ia akan diletakkan di bawah pengelolaan Kementerian Pembangunan Perindustrian,” katanya.


Joachim berkata penularan pendemik Covid-19 sejak Mac lalu menyebabkan ramai usahawan terkesan, di mana perniagaan mereka telah merundum akibat pengurangan jualan.


Oleh itu, antara cara untuk berniaga melalui normal baharu ialah berniaga secara Online di mana perniagaan boleh diteruskan tanpa pembeli bersemuka dengan penjual secara fizikal.


“Perniagaan dijalankan melalui media social seperti watsapp, FB, Twitter, Apps atas talian dan sebagainya.


“Selain dari cara menjual secara online, penghantaran makanan juga dibuat secara online seperti Grabfood, Foodpanda, Morefun dan sebagainya.


“Kini, supermarket dan mini mart di Sabah juga telah mula menggunakan sistem online untuk berniaga bagi melonjakkan ekonomi Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page