Kerajaan harus ambil ‘leadership’ sediakan silibus hak perlembagaan kepada sekolah di Sabah - EwonKerajaan harus ambil ‘leadership’ sediakan silibus hak perlembagaan kepada sekolah di Sabah - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan harus ambil ‘leadership’ sediakan silibus hak perlembagaan kepada sekolah di Sabah - Ewon




1 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mencadangkan kerajaan negeri supaya mengambil 'leadership' menyediakan silibus hak perlembagaan seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Beliau berkata, ini penting memandangkan masih ramai rakyat Sabah terutamanya generasi muda tidak memahami atau kurang pengetahuan mengenai isu ini.


“Dalam jelajah pilihanraya yang lepas saya diminta berdialog dengan sekumpulan anak muda dan mereka tanya saya, apa jaminan atau perjuangan kita menunaikan MA63.


“Saya tanya balik, diantara semua yang hadir siapa yang sudah membaca perjanjian Malaysia, perlembagaan persekutuan, laporan IGC dan Laporan Suruhanjaya Cobbold. Hanya seorang yang angkat tangan, dan ini merisaukan saya.


“Oleh itu, saya berpendapat, Kementerian Belia dan Sukan boleh mengambil “leadership” menyediakan silibus yang bersesuaian sekurang-kurangnya Pendidikan Perjanjian Malaysia atau Pendidikan Asas Perlembagaan Sabah kepada sekolah-sekolah di negeri ini,” katanya.


Ewon berkata, golongan muda harus memahami perjanjian Malaysia dan pengetahuan asas mengenai hak Sabah dalam perlembagaan supaya mereka dapat mempertahankan hak mereka sebagai warganegara Sabah walau di mana mereka berada.

bottom of page