top of page

Kerajaan negeri terima sejumlah RM2.22 bilion pada 2020, 2021 daripada Persekutuan

Wartawan Nabalu News


22 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima pemberian tahunan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.13 bilion pada tahun 2020 dan RM1.09 bilion pada tahun 2021.


Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya berkata, pada tahun 2022, dianggarkan kerajaan negeri akan menerima sejumlah RM1.14 bilion.


“Terimaan dan sumbangan tahunan daripada Kerajaan Persekutuan yang diakaunkan sebagai Hasil Perbekalan dan Pembangunan adalah terdiri daripada pelbagai jenis pemberian,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Amisah Yassin (ADUN Dilantik) yang bertanya berapakan jumlah “grant” tahunan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan.


Jasni berkata, sumbangan tahunan itu adalah pemberian mengikut kiraan kepala, pemberian khas, Pemberian Pertambahan Hasil (Bahagian Pertama), Pemberian untuk Menggantikan Duti Import/Eksaiskeatas Petroleum, Sumbangan kepada Kos Perlaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan dan Pemberian bagi Membiayai PerbelanjaanMengurusbagi Jabatan-Jabatan di bawah Senarai Bersama.


Selain itu pemberian tahunan daripada kerajaan persekutuan itu daripada Membiayai Perbelanjaan Mengurus Lembaga Muzium, Pemberian Sumbangan bagi Membiayai Perbelanjaan Mengurus Perpustakaan Negeri, Pemberian Pelancongan, Geran Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) dan Pemberian Penyelenggaran Jalan Negeri (MARRIS), katanya.


Yorumlar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page