Kerajaan peruntuk hampir RM500 juta subsidi beras import untuk Sabah, Sarawak, Labuan
- Wartawan Nabalu News
- Jun 27, 2024
- 1 min read

27 Jun 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, subsidi beras import untuk Sabah, Sarawak, dan Labuan dijangka mencecah hampir RM500 juta tahun ini.
Armizan menyatakan bahawa bagi tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM92.84 juta bagi perbelanjaan subsidi barangan keperluan asas tersebut.
"Sebagaimana kita maklum, keputusan kerajaan buat masa ini untuk mengecualikan penyasaran subsidi diesel di Sarawak, Sabah dan Labuan juga adalah menjadi salah satu faktor pertimbangan kerajaan, jurang harga di wilayah terlibat dan pemberian subsidi diesel di stesen-stesen minyak dan subsidi diesel nelayan yang melibatkan anggaran peruntukan RM3.6 bilion setahun," kata Armizan.
Jelasnya lagi, program berbentuk intervensi dan mitigasi melalui pemberian subsidi turut dilaksanakan dalam usaha memastikan penduduk di wilayah tersebut mendapat akses kepada barang keperluan asas dan bahan makanan tertentu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui, pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.















Comments