top of page

KERAJAAN PN TIDAK TERJEJAS -TAKIYUDDIN

  • nabalunews
  • Jan 10, 2021
  • 1 min read

ree

10 JAN 2021


PERMAISURI: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang masih sah dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau menegaskan walaupun Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Jazlan Yaakob menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, kedudukan kerajaan tidak terjejas.

“Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat beliau itu macam mana… apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.


“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang. Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik. Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, di sini, hari ini.

Semalam Ahmad Jazlan mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, selepas meletak jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) awal bulan ini.


Pada masa ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen berikutan kematian dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) dan Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi). - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page