KERAJAAN PUTUSKAN SAMA ADA MELANJUTKAN PKP SELEPAS 4 FEB
- Wartawan Nabalu News
- Jan 27, 2021
- 1 min read

27 Jan 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan akan meneliti pelbagai perkara sebelum mempertimbangkan sebarang keputusan sama ada melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sebaliknya, selepas 4 Feb ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKP oleh Kerajaan merupakan tindakan pencegahan bagi mengawal penularan pandemik Covid-19 di negara ini.
“Matlamat utama pelaksanaannya adalah untuk mengekang kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh PKP.
“Bagaimanapun, sekiranya kadar pematuhan rakyat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah rendah dan jumlah kes positif Covid-19 masih membimbangkan, Kerajaan akan meneliti terlebih dahulu` perkara-perkara berkaitan sebelum mempertimbangkan apa-apa keputusan berhubung tempoh pelaksanaan PKP.
“Ia juga adalah berdasarkan kepada situasi semasa jangkitan Covid-19 dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata demikian ketika ditanya adakah kemungkinan tempoh PKP kali ini agak lama sekiranya jumlah kes positif Covid-19 tidak menurun ke angka yang rendah.
Ini kerana selepas dua minggu pelaksanaan PKP, statistik harian Covid-19 masih lagi tiga digit.
Comentários