Kerajaan salur RM55,000 ribu baiki jambatan gantung Kaiduan
- Wartawan Nabalu News
- Mar 20, 2023
- 1 min read

19 Mac 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
PAPAR: Sebanyak RM55,000 telah diluluskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk membaiki jambatan gantung yang rosak di Kaiduan di sini.
Menurut Datuk Armizan Mohd. Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), jambatan gantung tersebut sudah lama dan perlu dibaiki dengan segera.
“Kerajaan juga sangat mengambil berat tentang kehidupan penduduk di Kaiduan terutamanya melibatkan laluan utama untuk menyeberang sungai,” katanya ketika melancarkan Program Kampung Siaga 221 Peringkat Negeri Sabah di Sekolah Kebangsaan Kaiduan.
Katanya lagi, pembaikan jambatan ini akan memudahkan penduduk dalam melakukan aktiviti harian mereka.
Comments