top of page

Kerajaan setuju hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri 10 tahun

  • nabalunews
  • 25 minutes ago
  • 1 min read

31 Januari 2026


PUTRAJAYA: Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh prinsip akauntabiliti, semak dan imbang serta tadbir urus berteraskan Perlembagaan Persekutuan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Mingguan Jemaah Menteri pada Jumaat.


Menurutnya, keputusan dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor-syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.


"Cadangan pengehadan tempoh jawatan ini bertujuan untuk mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan serta memperkukuh sistem demokrasi.


“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara, selaras dengan amalan demokrasi matang di peringkat antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.


Azalina berkata, kerajaan akan melaksanakan beberapa pindaan yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh.


Menurut Anwar, RUU itu ialah satu daripada langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page