Keputusan STAM 2025 keluar 5 Februari ini
- nabalunews
- 2 minutes ago
- 1 min read

31 Januari 2026
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 akan dikeluarkan pada 5 Februari ini.
KPM dalam kenyataan memaklumkan, seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2025 di 135 pusat peperiksaan seluruh negara.
“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan STAM Tahun 2025 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.
“Bagi calon persendirian pula, mereka boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan peperiksaan,” katanya.
Tambah kenyataan itu, pihak sekolah perlu memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan dilaksanakan secara cekap dan teratur.
Menurut KPM, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan STAM 2025 mulai 10 pagi, 5 Februari (Khamis) sehingga 6 petang, 11 Februari (Rabu).
“Selain itu, semakan turut boleh dibuat menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem SMS ini akan diaktifkan mulai 10 pagi, 5 Februari hingga 6 petang, 11 Februari,” katanya.














