top of page

Kerajaan tegaskan tiada rancangan tarik subsidi minyak masak peket

  • nabalunews
  • Nov 20, 2024
  • 1 min read



20 November 2024


PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk mengekalkan subsidi minyak masak peket dan tidak bercadang menarik balik bantuan tersebut.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menjelaskan bahawa kenyataannya mengenai isu tersebut telah diambil di luar konteks sebenar.


Menurut Rafizi, beliau sebenarnya merujuk kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dalam pelaksanaan subsidi, bukan pemansuhan subsidi minyak masak peket.


"Saya ditanya soalan bersifat umum, apa kita nak buat pasal ketirisan minyak peket ini? Jadi jawapan saya ialah setiap program itu kalau ada ketirisan memanglah ada penilaian dan perbincangan.


"Itu yang disebut tetapi dilaporkan ialah kerajaan bercadang untuk menghapuskan subsidi minyak peket," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program realiti televisyen INNOVATHON musim kedua di sini, hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page