top of page

Kerajaan tekad capai sifar bersih pelepasan gas rumah hijau menjelang 2050, tumpu dasar perubahan iklim negara

  • nabalunews
  • Nov 7, 2024
  • 1 min read


7 November 2024

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mencapai pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih menjelang tahun 2050 melalui pelaksanaan Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN 2.0) yang dirangka untuk membimbing Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon.

 

Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Perubahan Iklim Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Ahmad Farid Mohamed, DPIN 2.0 memainkan peranan utama dalam menyatukan pihak berkepentingan untuk mengukuhkan tadbir urus dan pembangunan rendah karbon, serta memastikan peralihan ini dilakukan secara teratur dan seimbang.

 

"Berbagai usaha yang sedang kerajaan laksanakanlah seperti yang digariskan dalam New Energy Transition Roadmap (NETR) dan juga dalam new industrial master plan," katanya.

 

Jelas beliau, kerajaan juga merancang memperluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon (carbon capture storage), bioenergi, serta meningkatkan kecekapan tenaga.

 

"Apabila kita melakukan lebih banyak usaha ini, secara tak langsung kita dapat mengurangkan pelepasan gas rumah kaca kita," tambahnya selepas penggambaran program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, lapor Berita RTM.

 

Ahmad Farid turut memaklumkan bahawa DPIN 2.0 menjadi asas kepada penggubalan Akta Perubahan Iklim Malaysia, yang dijangka membantu merealisasikan sasaran karbon sifar bersih.

 

Dasar-dasar yang dirangka, seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam melindungi rakyat daripada impak perubahan iklim yang semakin ketara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page