Kerajaan telah tetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi pihak swasta – Rafizi
8 Ogos 2024
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi pihak swasta di bawah Dasar Gaji Progresif kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
"Kita sering merungut mengenai gaji, tetapi apabila ada peluang kenaikkan gaji, kita tidak menggunakannya," kata Rafizi.
Katanya mana-mana majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji berkenaan layak mendapat insentif gaji progresif yang perlu dibayar kepada pekerja agar kenaikan gaji itu ditanggung oleh kerajaan.
“Gaji permulaan mengikut kelayakan di bawah Dasar Gaji Progresif antaranya seperti berikut, jurutera mekanikal (RM3,380), jurutera awam (RM3,115), akauntan dan juruaudit( RM3,280),” katanya di Platform X, semalam.
Katanya, untuk senarai penuh gaji permulaan di bawah Dasar Gaji Progresif, muat turun Buku Panduan Gaji Pokok Permulaan dan Kenaikan Tahunan di https://gajiprogresif.gov.my/.
Comments