top of page

Kerajaan teliti pelan strategik tangani masalah pemakanan kanak-kanak – Fahmi Fadzil

  • nabalunews
  • Oct 8, 2024
  • 1 min read

8 Oktober 2024


PUTRAJAYA: Kerajaan kini dalam peringkat akhir meneliti Pelan Strategik Kebangsaan bagi menangani masalah beban berganda pemakanan dalam kalangan kanak-kanak sebelum pelaksanaannya diumumkan secara rasmi.


Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, beberapa aspek penting seperti Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan perbezaan sesi persekolahan sedang diperhalusi.


“Jemaah menteri telah menerima laporan terkini mengenai pelan strategik ini, namun terdapat beberapa perkara yang diminta untuk diteliti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum pengumuman penuh dibuat,” katanya dalam sidang media mingguan selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini.


Fahmi turut berharap perkembangan positif mengenai isu pemakanan kanak-kanak dapat diumumkan menjelang sidang Parlimen kali ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page