Kerajaan teruskan KGT Tambahan Khas RM100 kepada penjawat awam Gred 11 hingga 56
21 Disember 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk menaikkan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.
“Kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 ringgit dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.
“Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan usul anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, semalam.
Comments