Kerajaan usul penghargaan YDPA ke-16 dan ke-17, pembangkang keluar dewan
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan usul penghargaan YDPA ke-16 dan ke-17, pembangkang keluar dewan


27 Februari 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menzahirkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang dilantik sebagai raja dan permaisuri Malaysia yang baharu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Dewan Rakyat berkata, beliau berkeyakinan bahawa pemerintahan raja yang adil, bijaksana, dan prihatin terhadap rakyat dan negara akan membawa limpah rahmat dan kesejahteraan kepada kerajaan dan rakyat.


Beliau juga menyatakan bahawa Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang diadakan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-264 (Khas) pada Rabu, 31 Januari 2024 telah menyaksikan pelantikan Sultan Ibrahim bagi tempoh lima tahun mulai 31 Januari 2024.


"Sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, saya amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong kelak, Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuran yang berpanjangan," katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.


Sementara itu, Dewan Rakyat turut merafak sembah ucapan menjunjung kasih dan penghargaan kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menaungi negara dan rakyat selama lima tahun yang lalu dengan penuh adil dan bijaksana.


"Saya yakin seluruh rakyat jelata merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Tuanku dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Semoga Tuanku dan Tengku Ampuan Pahang serta seluruh kerabat sentiasa dilindungi dan dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah S.W.T dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu. Moga Tuanku berdua terus dilimpahi dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindungan Allah S.W.T," katanya.


Sementara itu, Anwar mengecam tindakan pembangkang yang keluar dari Dewan Rakyat semasa beliau menyampaikan ucapan untuk menzahirkan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim yang dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang baharu.


Beliau berkata, tindakan tersebut menunjukkan “tidak hormat” dan ketidaksopanan terhadap institusi raja-raja yang merupakan lambang perpaduan dan kedaulatan negara.


"Saya bantah keras sikap pembangkang keluar tatkala kita nak ucap tahniah kepada Agong dan kita nak rapat sembah tahniah dan terima kasih atas khidmat yang di Pertuan Agong yang lalu...tidak ada kena mengena sama sekali terhadap titah ucapan tuanku agung.


"Saya sepatutnya datang pagi tadi dari pagi tadi kita ada kunjungan rasmi daripada Perdana Menteri Kemboja Hun Hamet. Sebab itu saya mohon kebenaran yang Dipertua  supaya bentangkan 2.30pm sebab program dengan Perdana Menteri kemboja selesai pada 1.45pm.


Terdahulu, semua Ahli Parlimen pembangkang mengambil keputusan keluar dari Dewan Rakyat pada sesi petang sebagai protes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi ‘slot’ menyampaikan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page